2 Jun 2017 - 14:20
6 Maut Serangan Bom Di Pasar Yaman

Satu letupan bom di sebuah pasar di bandar utara Yaman menyebabkan enam maut manakala 15 lagi cedera, kata pegawai keselamatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Satu letupan bom di sebuah pasar di bandar utara Yaman menyebabkan enam maut manakala 15 lagi cedera, kata pegawai keselamatan.

Pegawai yang enggan dikenali berkata, penyerang meletakkan peranti letupan di sebuah pasar di al-Hazm terletak di timur laut Sanaa malam tadi, ketika ia penuh sesak dengan pelanggan sempena Ramadan.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab dan motif serangan tidak diketahui.

Militan al-Qaeda dan Daesh mengambil kesempatan terhadap konflik lebih dua tahun membabitkan kerajaan disokong tentera pakatan diketuai Arab Saudi dan pemberontak bersenjata Houthi, untuk melakukan pengeboman terhadap kedua-dua pihak, yang mereka tuduh murtad. - REUTERS